• Home  / 
  • SAPS
  •  /  UPDATED 2017 SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan Online

UPDATED 2017 SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan Online

saps sistem analisis peperiksaan sekolah untuk ibu bapa penjaga guru

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Adakah Anda Tahu Apa Itu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)?

SAPS ibu bapa merupakan analisis peperiksaan sekolah yang dibangunkan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid di sekolah.

Sistem ini dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Dengan adanya sistem SAPS, ianya akan memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka hanya memasuki laman web offical saps.

<img src="http://provit.my/wp-content/uploads/2017/12/SAPS_Ibu_Bapa_Sistem_Analisis_Peperiksaan_Sekolah_saps_guru-300×134.png" alt="saps ibu bapa" width="300" height="134" class="alignnone size-medium wp-image-1431" />
Sistem semakan SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Cara Menggunakan SAPS

Panduan Guru

<img src="http://provit.my/wp-content/uploads/2017/12/SAPS_Ibu_Bapa_Sistem_Analisis_Peperiksaan_Sekolah_Update-300×173.jpg" alt="saps guru" width="300" height="173" class="alignnone size-medium wp-image-1433" />

Buka laman SAPS yang utama – KLIK SINI
Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
Masukkan ID Pengguna
Masukkan kata laluan
Klik log in
Halaman seterusnya akan dipaparkan

Panduan Ibu Bapa

<img src="http://provit.my/wp-content/uploads/2017/12/SAPS_Ibu_Bapa_Sistem_Analisis_Peperiksaan_Sekolah_saps_ibu_bapa-300×203.png" alt="saps ibu bapa" width="300" height="203" class="alignnone size-medium wp-image-1432" />

1. Taip “SAPS” di google search – KLIK SINI
2. Pilih semakan ibu bapa
3. Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
4. Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
5. Pilih tahun
6. Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
7. Pilih pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan
8. Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan

 

Kelebihan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS

Antara kelebihannya ialah prestasi pelajar/murid sekolah dapat diikuti tanpa mengira kawasan sekolah. Dengan mengisi markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini dapat mengukur pencapaian sesuatu ujian dan dapat mengesan kelemahan murid kerana saps dapat mengeluarkan data yang telah dianalisis.

Data juga senang diperolehi kerana semua guru matapelajaran akan memasukkan markah dalam sistem. Oleh yang demikian guru kelas tidak perlu untuk menagih markah daripada semua guru. Guru kelas hanya meminta guru matapelajaran mengisi markah ke dalam SAPS sebelum keputusan dianalisis secara automatik.

Guru kelas juga tidak perlu untuk analisis markah secara manual kerana segala data akan di proses oleh sistem. Ini sangat memudahkan kerja guru kelas. Guru kelas hanya perlu proses markah murid dan keputusan akan diperolehi terus.

Daripada peringkat atasan samada sekolah, PPD, JPN dan KPM boleh terus melihat prestasi sesebuah sekolah dengan hanya membuka sistem ini. Pihak atasan tidak perlu lagi untuk menagih keputusan kerana semuanya telah terkandung di dalam sistem. Ibu bapa juga boleh menyemak markah di SAPS tanpa perlu pergi ke sekolah.

Kelemahan Sistem Analisis Peperiksaan SAPS

Sistem ini juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem ini. Kelemahan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.

Selain itu, bagi sekolah yang berada jauh di pedalaman akan mengalami masalah untuk mengisi markah dalam sistem ini. Mereka terpaksa keluar mencari line internet untuk mengisi markah. Hal ini akan menjadi semakin parah sekiranya berlaku kesesakan trafik kerana semua guru membuka sistem ini.

Sekiranya seorang guru tidak mengisi markah dalam sistem ini, markah tidak dapat diproses. Oleh yang demikian, keputusan jga tidak dapat diperolehi. Guru kelas terpaksa sentiasa meminta guru mata pelajaran mengisi markah. Mendatangkan masalah lagi jika terdapat guru yang buta IT yang tidak tahu menggunkan sistem ini. Sekiranya berlaku, guru lain terpaksa membantu bagi mempercepatkan proses kemaskini markah dalam sistem.

Sebelum ini, admin ada menulis artikel mengenai masalah guru-guru untuk mengisi dalam sistem yang mendapat komen daripada guru-guru.

 

Download Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Versi Mobile

Anda boleh download disini <a href="https://play.google.com/store/apps/details?id=saps.sapsibubapa.sapssemakanibubapa&hl=ms">Sistem Analisis Peperiksaan Version Mobile</a>

Kesimpulan

Sistem yang dibangunkan oleh KPM ini sebenarnya adalah untuk membantu guru. Namun yang demikian, setiap sistem ada kebaikan dan kelemahan. Sekiranya ada kelemahan pihak yang bertanggungjawab harus mencari jalan penyelesaian bagi memastikan sistem ini benar-benar membantu guru. Apakah pendapat anda di luar sana?

About the author

admin