Apa itu Depresi - Tanda,Penyebab,Ubat dan Cara Mengatasinya
  • Home  / 
  • Depression
  •  /  Apa itu Depresi – Tanda,Penyebab,Ubat dan Cara Mengatasinya

Apa itu Depresi – Tanda,Penyebab,Ubat dan Cara Mengatasinya

kenali apa itu depresi

Apa itu depresi atau Depression sebenarnya?..ianya adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan disorder kebimbangan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat dengan kejayaan, biasanya melalui bantuan campuran dari kaunseling dan ubat-ubat.

Gangguan kemurungan sangat umum, dengan satu dalam 10 orang mengalami sakitan ini pada suatu masa dalam hidup mereka.

apa itu depresi dan tanda depression kemurungan

Sejak akhir-akhir ini, media massa sering menyiarkan berita kematian mengejut dan bunuh diri. Berita seperti ini sememangnya meruntun hati dan kita seringkali tertanya “Apakah yang mendorong mangsa berbuat demikian?” atau “Apakah masalah yang menghantui fikiran mangsa sehingga dia sanggup untuk mengambil nyawanya sendiri?”. Bagi setiap kematian, kajian menunjukkan bahawa terdapat dua puluh orang di sekeliling mangsa seperti rakan-rakan dan keluarga mangsa yang mengalami trauma apabila mendengar berita kematian ini.

Walaupun kita tidak mungkin tahu cerita sebenar di sebalik mengapa mangsa membuat keputusan begitu atau apa yang mengganggu fikiran mereka namun secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa salah satu penyakit perubatan yang sering dikaitkan dengan kejadian ini adalah penyakit kemurungan ataupun dikenali sebagai “Major depression”. Pemahaman tentang penyakit kemurungan bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang perubatan psikologi adalah berbeza berbanding dengan pandangan orang ramai. Izinkan saya menjelaskan hal ini dalam erti kata yang mudah untuk difahami oleh kita semua.

Apa itu Depresi/Depression

Penyakit kemurungan merupakan penyakit perubatan yang melibatkan perasaan sedih atau murung. Namun berbeza daripada perasaan sedih yang mungkin dirasakan apabila kita kehilangan telefon bimbit contohnya, bagi mereka yang mengalami masalah ini, perasaan sedih atau murung ini berpanjangan. Disebabkan ramai lagi yang belum mengenal sepenuhnya apa itu depresi maka teruskan bacaan anda..

Pada masa yang sama, mereka juga seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah dan berdosa dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka pada setiap waktu sepanjang hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu. Ini berbeza dengan perasaan sedih biasa yang kita alami apabila sesuatu musibah berlaku yang akan hilang dalam masa yang singkat setelah musibah itu berlalu.

Diagnosis penyakit ini melibatkan temubual antara pakar psikiatri dengan mereka yang dirasakan menghidapi penyakit kemurungan. Diagnosis ini berpandukan kriteria yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO) dan American Psychiatric Association (APA). Mereka yang mempunyai gejala-gejala atau simptom kemurungan seperti yang dinyatakan di bawah, menyebabkan gangguan dalam kehidupan seharian berkemungkinan mengalami penyakit kemurungan ini.

Kredit : www.mmgazette.com

tanda kemurungan depresi

Tanda Depresi / Tanda Kemurungan

Cuba semak dan selidik diri anda adakah anda mengalami petanda kemurungan seperti dibawah.Ini anda akan dapat mengenal apa itu depresi dengan lebih dekat.

  • Kesukaran untuk tidur (Insomnia)
  • Debaran jantung yang sangat cepat
  • Bergetaran, kepeningan
  • Kesukaran bernafas.
  • Merasa rengsa, tidak senang, tidak dapat rehat atau tiada kawalan
  • Tidak dapat memikir dengan jelas atau berkonsentrasi
  • Nausea, muntah-muntah, cirt-birit
  • Merasa tercekik atau bengkak di dalam kerongkong
  • Berpeluh
  • Pening kepala
  • Otot tegang
  • Mudah merasa pengsan


Tanda Tanda Lain Depression/Kemurungan

  1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu. Perasaan ini dilaporkan oleh pesakit secara subjektif seperti perasaan rendah diri ataupun daripada pengamatan orang luar contohnya selalu menangis.

  2. Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari. Contohnya tidak berminat untuk bersukan lagi atau berjumpa dengan sanak-saudara.

  3. Berat badan merosot (~5%) daripada asal dalam waktu yang singkat atau kurang selera makan.

  4. Corak tidur berubah, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur (hypersomnia).

  5. Perubahan dalam melakukan aktiviti seharian, sama ada terlebih aktif atau kurang aktif.

  6. Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.

  7. Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu kesalahan perbuatan atau merasakan diri tidak berguna

  8. Tidak mampu memberikan konsentrasi atau berfikir secara rasional. Pesakit juga merasakan susah untuk membuat keputusan dalam kehidupan hariannya.

  9. Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai pelan masa hadapan untuk membunuh diri.
kenali lebih dekat apa itu depresi

Anda dah tahu apa itu depresi justeru, jika anda merasakan anda atau orang terdekat anda mempunyai gejala- gejala yang disebutkan di atas dalam tempoh waktu yang sudah lama, adalah lebih baik anda mendapatkan pertolongan daripada doktor anda atau hubungi mereka yang boleh memberikan pertolongan seperti di bawah.


Baca Artikel Selajutnya Apa Penyebab Depresi/Depression Kemurungan

Rekomendasi Produk Untuk Kurangkan
Tahap Depression/Anxiety atau Kemurungan

About the author

    admin