Bayi Demam Apa Nak Buat..Ibubapa Wajib Tahu Hal Ini dan Buat Segera
  • Home  / 
  • Bayi
  •  /  Sekiranya Bayi Demam Apa Ibubapa perlu buat

Sekiranya Bayi Demam Apa Ibubapa perlu buat

bayi demam apa nak buat

Semua ibu bapa akan risau apabila bayi demam. Ikuti maklumat ini tentang apa yang patut anda buat dan tidak ketika anak demam.

Apabila Bayi Demam Amat Merisaukan...

Anda pasti sudah tahu tanda-tanda bayi demam, kan? Badannya panas, dia rasa tidak selesa dan matanya berpinar-pinar.

Waktu itu, semua ibu bapa akan mula risau. Lebih-lebih lagi kalau suhu badan mereka pula makin meningkat.

Artikel ini akan memberi maklumat lengkap tentang demam pada anak yang harus anda tahu.

apa nak buat bila bayi demam

Ia termasuklah juga tentang bagaimana anda boleh menguruskan hal ini dan apa benda yang anda patut dan tak patut buat.

Jadi, jom kita semak sekarang!

Apa itu demam

Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

Suhu badan mempunyai julat yang besar.Demam biasanya dipersetujui sekiranya:

Suhu pada dubur adalah atau melebihi 37.5–38.3 °C (99.5–100.9 °F)[1][3]
Suhu pada mulut (oral) adalah pada atau melebihi 37.7[convert: needs unit name]
Suhu pada ketiak (“axillary”) atau pada telinga (“otic”) adalah pada atau melebihi 37.2 °C (99.0 °F)
Pada orang dewasa yang sihat julat bagi suhu mulut adalah 33.2–38.2 °C (91.8–100.8 °F), bagi dubur ia adalah 34.4–37.8 °C (93.9–100.0 °F), bagi selaput tympanik ia adalah 35.4–37.8 °C (95.7–100.0 °F) dan bagi ketiak (“axillary”) ia adalah 35.5–37.0 °C (95.9–98.6 °F).[5]

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki kurang keupayaan bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga mewakili penyakit asas yang serius.

Thermostat atau hypothalamus adalah sebahagian daripada minda manusia. Ia bertugas untuk menstabilkan suhu badan.

Akan tetapi, apabila anak anda terkena jangkitan atau jatuh sakit, hypothalamus akan meningkatkan suhu badan untuk “melawan” jangkitan.

Jadi, apabila suhu badan anak anda meningkat – itu tandanya sistem imun badan mereka sihat dan sedang melawan jangkitan atau penyakit.

Peringatan: Demam bukan penyakit, ia cara untuk melawan jangkitan.

Baca juga berkaitan--> suhu normal bayi


Anda boleh mengambil suhu badan pada bayi yang demam dengan beberapa cara seperti melalui rektum, mulut, ketiak dan dahi.

Guna termometer digital berbanding termometer merkuri untuk memudahkan kerja.

Pertama sekali, pastikan termometer itu bersih dan telah dicuci dengan sabun dan air. Kemudian, letakkan jeli petroleum sekitar bulb termometer sebelum masukkan ia perlahan-lahan dalam mulut anak.

Ini antara bacaan suhu badan yang menandakan anak anda telah demam:

  • 38 °C pada rektum
  • 37.5 °C jika diukur melalui mulut
  • 37 °C jika diukur melalui ketiak


Kenapa bayi anda kerap demam

Menurut Seattle Children’s Hospital, ada beberapa sebab kenapa anak anda demam. Sebab utamanya kerana jangkitan.

Antara punca-punca lain adalah:

Jangkitan yang menular – seperti demam panas atau selesema. Anak yang duduk di daycare 7 kali lebih mudah dijangkiti jangkitan ini.
Jangkitan bakteria – jangkitan bakteria sering terjadi pada anak perempuan.
Bakteria sinus
Demam selepas diberi vaksin – dalam masa 12 jam pertama selepas dicucuk vaksin, bayi biasanya akan demam dan ia adalah perkara normal.
Terlampau panas

Apa anda PATUT buat sekiranya bayi demam

Walaupun demam adalah tanda yang sistem imun badan si manja anda itu sihat, namun ibu bapa harus bijak mengendali situasi ini.

Kalau demam mencecah hampir 40-41 °C, anak anda terbuka pada bahaya. Jadi, ini antara 5 benda yang anda patut buat ketika anak demam:

  • Beri paracetamol atau ibuprofen berdasarkan berat dan umur bayi. Jarum seakan suntikan (syringe) adalah cara terbaik untuk beri dos ubat yang tepat.

  • Beri anak minum banyak air agar mereka kekal hidrasi. Jika bayi berusia 6 bulan ke bawah, beri dia minum lebih banyak susu ibu

  • Beri kompres suam seperti Cool Fever yang boleh diletakkan pada ketiak, dahi atau celah pangkal paha anak

  • Pakaikan pakaian yang tidak terlalu tebal pada anak. Elak mereka dari terlampau panas
    Galakkan anak untuk berehat. Berlari mampu meningkatkan suhu badan mereka


Perkara yang TIDAK PATUT anda buat sekiranya bayi demam

Jika tadi adalah benda yang ibu bapa patut buat, ini pula 7 benda yang kalian tidak patut buat jika bayi demam:

  • Jangan beri ibuprofen jika anda syak anak mungkin kena demam denggi. Ini kerana virus denggi menebalkan darah. Ibuprofen juga berfungsi untuk menebalkan darah.

  • Jangan beri aspirin, melainkan jika ia dibenarkan doktor. Aspirin berkait rapat dengan Sindrom Reye

  • Jangan beri ubat demam pada bayi yang berusia bawah 2 bulan, melainkan dengan kebenaran doktor

  • Jangan rendam bayi yang demam dalam air sejuk. Cukuplah sekadar mengelap badan mereka.

  • Jangan terlebih beri mereka makan ubat demam

  • Jangan biar anak yang demam kelaparan. Mereka perlu tenaga untuk melawan jangkitan!

  • Jangan hantar anak ke sekolah atau daycare jika mereka demam.


Kalau anda ada sebarang kerisauan lain tentang demam pada anak, sila dapatkan bantuan daripada doktor dengan kadar segera.

Jangan berlengah, demi keselamatan anak anda!

Kredit : The Asian Parent
                  The Baby Center


Summary
Bayi Demam -  Ini anda patut buat segera dan anak anda cepat sihat
Article Name
Bayi Demam - Ini anda patut buat segera dan anak anda cepat sihat
Description
Semua ibu bapa akan risau apabila bayi demam. Ikuti maklumat ini tentang apa yang patut anda buat dan tidak ketika anak demam.Artikel ini akan memberi maklumat lengkap tentang demam pada anak yang harus anda tahu.
Author
Publisher Name
Provit.my
About the author

    admin