Radiasi adalah topik yang Wajib Anda Tahu dan ambil berat untuk prestasi kesihatan mental dan fizikal

Radiasi adalah penyebab utama masalah minda dikalangan kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah, pelajar universiti termasuklah golongan dewasa dan warga emas.

Kenapa hal ini terjadi dan boleh memberi kesan besar pada kehidupan manusia adalah kerana ia membantutkan dan merosakkan sel otak secara perlahan-lahan tanpa disedari.

Dalam artikel ini akan dibincangkan beberapa perkara wajib anda tahu berkaitan radiasi.

Pautan Berkaitan Radiasi

Apa itu Radiasi
Jenis-Jenis Radiasi
Pengkelasan Radiasi
Punca Radiasi
Kesan Radiasi
Penyakit Kesan Dari Radiasi
Radiasi HP
Bahaya Radiasi HP
Cara Meningkatkan Sistem Kekebalan Radiasi

Apa Itu Radiasi

Radiasi adalah satu bentuk tenaga bergerak. Radiasi adalah juga bersifat elektromagnet, iaitu, ia terdiri daripada gelombang-gelombang elektromagnet dan tenaga magnet yang bergerak seiringan melalui ruang pada kelajuan cahaya. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, dan gelombang radio.

Setiap hari kita terdedah kepada radiasi yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang.

Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi, perubatan nuklear, rawatan radioterapi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik.

Sebagai contoh : Radiasi dari sumber Rawatan radioterapi digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Jenis-jenis Radiasi

Jenis Radiasi

Terdapat dua jenis radiasi;

  1. Radiasi Pengion (Ionizing Radiation- IR)Ia mengandungi tenaga yang secukupnya untuk menghasilkan pengionan. Pengionan adalah proses di mana elektron-elektron dilucutkan daripada atom dan molekulnya. Interaksinya dengan jirim boleh mengubah tindak balas kimia pada tubuh badan yang membawa kerosakan pada tisu biologi termasuk kesan ke atas DNA (asid deoksiribonuklei) atau bahan genetik. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.
  2. Radiasi Bukan Pengion (Non-Ionizing Radiation- NIR)Ia tidak mempunyai tenaga secukupnya untuk menyebabkan pengionan dalam jirim hidup. Ia menyebabkan sedikit kesan pemanasan, tetapi tidak cukup untuk menyebabkan sebarang kerosaan jangka panjang pada tisu-tisu. Tenaga radio frekuensi, cahaya nampak dan radiasi mikrogelombang adalah contoh radiasi bukan-mengion. Untuk kekuatan yang sama, radiasi mengion lebih mampu memberi kesan ke atas kesihatan berbanding radiasi bukan-mengion disebabkan oleh proses pengionan.

Pengkelasan Radiasi Adalah Seperti Berikut:

Pengkelasan radiasi adalah bergantung kepada tenaga, frekuensi dan panjang gelombang yang dimilikinya. Bahan radiasi yang memiliki tenaga rendah, frekuensi rendah tetapi panjang gelombang yang tinggi dipanggil gelombang elektromagnet yang tidak mengion (electromagnatic wave). TV, Radio, telefon bimbit dan microwave tergolong dalam gelombang elektromagnet.

Walaubagaimanapun, ramai saintis berpendapat gelombang tersebut tidak membahayakan kesihatan manusia. Ini kerana tenaga yang dimiliki oleh gelombang elektromagnet dari radiasi adalah rendah dan tidak mengion atom dalam badan.

Infrared merupakan sejenis radiasi yang memiliki frekuensi lebih besar berbanding gelombang elektromagnet. Kemudian diikuti oleh cahaya nampak (visible light) dan ultraviolet. Radiasi yang mempunyai tenaga dan frekuensi tinggi adalah sinar-x dan sinar gamma dan tergolong dalam sinaran mengion.

Radiasi seperti ini boleh mengancam kesihatan manusia jika dos yang diterima melebihi hadnya.

Punca Radiasi Adalah

  1. Radiasi Secara Semulajadi: seperti dalam Bumi dan dari Kosmik
  2. Radiasi Buatan Manusia: seperti digunakan dalam bidang perubatan (X-ray, CT Scan, Perubatan Nuklear dan Radioterapi)
  3. Lain-Lain Punca radiasi: seperti kitaran bahan bakar nuklear

Kesan Radiasi

Badan yang terdedah kepada radiasi sebenarnya akan menerima kesan dalam jangka masa singkat dan jangka masa panjang. Bagaimanapun ia bergantung sebanyak manakah kita terdedah kepada radiasi tersebut. Terdapat dua kesan apabila kita terdedah kepada radiasi iaitu stochastic effect dan deterministic effect.

Stochastic effect biasanya berlaku dikalangan mereka yang terdedah kepada amaun radiasi yang sedikit dan tidak ada had. Tetapi kemungkinan mendapat kesan ini akan meningkat dengan meningkatnya amaun radiasi yang diterima. Kesan stokastik ini tidak dapat dilihat dalam masa terdekat, tetapi akan dapat dikesan dalam jangkamasa panjang seperti pertumbuhan sel kanser dalam badan.

Deterministic effect merupakan kesan yang boleh dilihat serta merta atau dalam masa singkat selepas terdedah kepada radiasi. Biasanya amaun radiasi yang terdedah adalah tinggi untuk memberi kesan deterministic ini kepada seseorang. Sebagai contoh kepada mereka yang menerima kesan ini adalah kulit terbakar. Tetapi deterministic effect ini mempunyai tahap dipanggil threshold level yang mana kesannya tidak dapat dilihat di bawah dos 0.5 Sv (Sievert).

Secara jelasnya, radiasi adalah sukar untuk menyatakan kita tidak akan menerima kesan jika terdedah kepada radiasi walaupun dengan amaun yang sedikit. Ini kerana kita mungkin akan mendapat stochastic effect yang membawa kepada pembentukan sel kanser dalam badan. Kesan ini tidak dapat dilihat sekarang tetapi mungkin dalam masa yang akan datang.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-radiasi/

Penyakit Kesan Dari Radiasi Adalah

Berikut merupakan beberapa penyakit yang bakal di hadapi akibat kesan radiasi terutamanya Radiasi HP:
Antaranya adalah Kanser,Ketumbuhan Otak,Alzheimer,Parkinson,Kemurungan,Fatique dan Sering Sakit Kepala.

Majoriti berpendapat kesan radiasi paling tinggi pada era ini adalah radiasi hp kerana manusia sukar berpisah dari
hp melainkan waktu tidur sahaja

Radiasi HP Telefon Bimbit

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden yang sangat canggih dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Hal ini adalah kerana kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Adakah Radiasi HP telefon bimbit membahayakan?

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit “menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia”, sementara satu kajian kes lagi mendapati “peningkatan statistik yang signifikan” bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali akibat radiasi hp.

Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?

Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Kesan Radiasi HP Telefon Bimbit ‘Merosakkan Sel-sel Darah
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Radiasi HP Telefon Bimbit ‘Mengubah DNA Manusia
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.

Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma – kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mood cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.

Kajian: Radiasi HP dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.

Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.

Kesan Radiasi HP Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.

Baca detail selajutnya mengenai Radiasi HP