Tanda Awal Kehamilan - Wanita Bakal Melahirkan Anak Semak Tanda ini
  • Home  / 
  • Ibu Hamil
  •  /  9 Tanda Awal Kehamilan Yang Paling Jelas Seawal Minggu Pertama

9 Tanda Awal Kehamilan Yang Paling Jelas Seawal Minggu Pertama

tanda awal kehamilan yang wajib anda bersedia

Tanda Awal Kehamilan akan di bicarakan dalam artikel kali ini

“Kenapalah rasa tak sedap badan saja dari awal pagi tadi. Rasa loya, pening, macam nak demam. Ini tanda-tanda mengandung atau perasaan saja?”

Bagi pasangan yang menantikan cahaya mata, tentu rasa teruja dan tak sabar untuk menerima berita kehamilan. Biasanya, orang mengaitkan tanda-tanda mengandung dengan mual dan loya. Tapi, adakah lagi tanda-tanda lain yang turut dirasai? Ini jawapannya.


9 Tanda Awal Kehamilan Yang Paling Jelas Seawal Minggu Pertama

Berikut adalah tanda awal kehamilan atau mengandung yang boleh anda perhatikan seawal minggu pertama atau sebelum lewat datang haid yang seterusnya.

1. Pendarahan atau 'Spotting Wanita Hamil

tanda awal kehamilan iaitu pendarahan atau spotting


Salah satu tanda unik pada tanda awal kehamilan adalah berlakunya ‘spotting’ atau pendarahan kecil yang berwarna merah cair atau coklat gelap. Mungkin ada yang keliru dan menyangkanya sebagai haid, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kitaran yang tidak tetap.

Namun, berbeza dengan haid, pendarahan ini biasanya amat sedikit dan tidak akan memenuhi ‘pad’ mahupun ‘panty liner’ yang digunakan. Tempohnya juga berlaku dalam masa yang lebih singkat berbanding haid normal.

2. Perubahan pada payudara wanita

perubahan payudara merupakan tanda awal kehamilan


Perubahan hormon merupakan tanda awal kehamilan dapat menjadikan payudara anda terasa lebih padat, berat, sensitif dan mungkin sedikit nyeri apabila disentuh. Puting payudara dan bahagian aerola juga kelihatan lebih timbul berbanding biasa dan berwarna lebih gelap.

Menurut laman web kesihatan The Health Line, keadaan ini akan berterusan selama 1-2 minggu selepas proses pembenihan berlaku. Selain itu, ia juga disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron dan estrogen dalam tubuh wanita hamil.

3. Morning Sickness' 


morning sickness merupakan tanda awal kehamilan atau mengandung


Gejala mual atau muntah merupakan tanda awal kehamilan yang paling popular. Ia sering berlaku ketika awal pagi, iaitu apabila bangun tidur. Sebab itulah ia digelar dengan nama ‘morning sickness’. Walaubagaimanapun, sebenarnya perasaan loya ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan ada yang melaluinya hingga tempoh hampir bersalin.

Sebenarnya, ia disebabkan oleh peningkatan asid pada perut akibat bertambahnya paras hormon estrogen. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang mulai dihasilkan oleh plasenta.

4. Cramp'/Kembung Perut 


Apabila berlakunya pendarahan, sesetengah wanita akan merasai sedikit sakit, kejang, atau terasa kembung pada bahagian perut.

Kesakitan ini diakibatkan oleh terhentinya produksi hormon progesteron dari corpus luteal setelah hadirnya sel plasenta. Perut juga terasa kejang kerana otot rahim yang meregang apabila hadirnya janin. Walaubagaimanapun, kesakitannya adalah masih terkawal.

Maka, sekiranya anda merasakan kesakitan yang kuat, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor.ini merupakan salah satu lagi tanda awal kehamilan pada diri anda

5. Wanita Hamil Sgt Sensitif Terhadap Bau 


Ada kalanya wanita akan menunjukkan perangai pelik seperti mengidam dan berubah selera makan. Salah satu sebabnya adalah kerana sensitiviti yang dimilikinya ini. Malah, mual dan muntah yang dialami juga berkait rapat dengan peningkatan sel saraf pada bau-bauan tertentu.

Jadi, tidak hairanlah kadangkala makanan biasa dimakan setiap hari sebelum ini pun tiba-tiba membuat anda berasa sensitif, terutama yang beraroma kuat seperti telur dan bawang.


6. Kerap Kencing dan Sering Ke tandas


Menurut BabyCenter, sebaik saja anda mengandung, perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan peningkatan arus darah melalui buah pinggang. Hal ini menyebabkan buah pinggang anda terisi dengan lebih cepat, lalu anda perlu berulang-alik ke tandas dengan lebih cepat.

Kekerapan untuk kencing ini boleh berterusan apabila bertambahnya usia bayi dalam kandungan akibat tekanan pada bahagian pundi kencing, selari dengan peningkatan berat badannya.

7. Wanita yang sedang hamil cepat letih


Keletihan tanpa sebab dapat menjadi tanda-tanda mengandung yang paling jelas dan nyata, terutamanya pada awal kehamilan.

Ini kerana tubuh badan anda mengalami peningkatan kadar progesteron di samping perubahan isipadu darah, denyutan jantung, serta metabolisme tubuh.

8. Masalah Keputihan

Selain pendarahan, barangkali anda akan merasai keluar cairan dari vagina yang mirip dengan keputihan. Merujuk kepada laman web kesihatan Web MD, penebalan dinding vagina akan menyebabkan keluarnya cecair berwarna putih susu.

Cecair ini seharusnya tidak berbau dan tidak gatal. Jika sebaliknya, berjumpalah doktor kerana dikhuatiri anda mengalami jangkitan.

9. Sensitif dan Sangat Emosional

Selain perubahan fizikal, perubahan hormon juga dapat membuat anda merasa lebih emosional.

Tidak dinafikan, seorang wanita dapat meneka dan mempunyai keistimewaan ‘sixth sense’ untuk mengetahui perubahan yang berlaku dalam dirinya.

Mungkin tidak semua merasakannya, tetapi ia adalah petanda yang amat kuat

>>Lewat Datang Haid Adalah Petunjuk Yang Paling Jelas tanda awal kehamilan diri anda

Terlambat datang haid adalah tanda paling jelas menunjukkan seseorang wanita itu mengandung. Ini bererti sel telur telah dibuahi oleh sel sperma lalu menyebabkan dinding rahim tidak luruh melalui proses menstruasi.

Kebanyakan alat ujian kehamilan yang dibeli di farmasi dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas tempoh ovulasi anda.

Menurut Dr Patrick Chea menerusi BabyCenter Malaysia, 1 dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Oleh itu, jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ulangilah ujian tersebut selepas tiga hari. Sebaiknya, gunakan alat ujian kehamilan yang lebih sensitif untuk mengesan kehamilan dengan lebih tepat.

Baca Artikel Detail Mengenai 7 Amalan Menurut Islam untuk Ibu Mengandung


>>Supplement Khas Untuk Ibu Hamil/Mengandung

Mengurangkan Alahan yang teruk dan Meningkatkan perkembangan bayi anda lebih pickup dan pintar dari dalam perut

Summary
13 tanda awal kehamilan sebelum anda disahkan mengandung
Article Name
13 tanda awal kehamilan sebelum anda disahkan mengandung
Description
Tanda awal kehamilan antaranya sakit perut, sakit pinggang, tempoh 1 MINGGU pertama, anak pertama,bayi perempuan atau bayi lelaki
Author
Publisher Name
Provit.my
About the author

    admin